Henry Ford & V-8

Setelah beberapa model kereta yang berjaya dikeluarkan oleh Henry Ford, suatu hari dia memutuskan untuk mengeluarkan sebuah lagi model terbaru. Model V-8. Maka, beliau memilih enjin dengan kekuatan lapan silinder, yang dipasang untuk menjadi satu blok. Masalahnya, teknologi ketika itu masih belum ada enjin dengan kapasiti lapan silinder. Cuma tergambar dalam kepala Henry Ford seorang sahaja. Setelah reka bentuk dilakarkan di atas kertas,maka Henry Ford memanggil para juruteranya untuk membina enjin tersebut. Namun semua juruteranya menyatakan “tidak mungkin” untuk membuat enjin lapan silinder dalam satu blok enjin.

Namun Ford membalas,” Usahakanlah, terserah bagaimana cara kamu mahu melakukanya!”

Tetapi mereka tetap mengatakan tidak mungkin. Semua juruteranya bersependapat.

Sekali lagi dengan tenang Ford mengatakan, “ Usahakan lagi,jangan berhenti sebelum kamu berjaya!”

Dengan bertungkus lumus semua juruteranya berganding bahu dan memerah segala keringat yang ada untuk melaksanakan arahan majikan mereka. Setelah enam bulan berlalu,tiada apa yang terhasil. Buntu, malahan ketika itu idea Ford dianggap idea yang luar biasa dan gila. Mana mungkin melakukannya. Namun mereka tetap mencuba apa sahaja untuk memenuhi perintah Ford, tetapi perintah itu nampaknya tetap “tidak mungkin”. Pada akhir tahun itu, Ford sekali lagi bertanya kepada kumpulan juruteranya, tetapi jawapannya tetap sama.”Tidak mungkin”.

“Teruskan!” herdik Ford. Walau bagaimanapun saya ingin mempunyai enjin seperti itu. Oleh itu saya harus memilikinya”

Semua juruteranya kebinggungan namun meneruskan usaha mereka. Akhirnya dengan secara luar biasa dan sekian lama membuat penyelidikan demi penyelidikan,percubaan demi percubaan mereka menemui rahsianya. Ya, mereka berjaya mempunyai jawapan bagaimana menghasilkan enjin lapan silinder yang sebelum ini dianggap mustahil. Dan sekali lagi, kilang Ford yang unggul meraih kegemilangan yang gilang gemilang.

Bukan rahsia lagi, Ford menjadi kaya dan menghasilkan jutaan dolar hasil dari ketabahan dan keras kepalanya. Dalam hal ini,Henry Ford memahami dengan jelas yang enjin itu memang boleh dihasilkan. Dia benar-benar yakin dan sudah terbayang di dalam kepalanya yang enjin lapan silinder bukanlah idea mustahil.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada seorang yang genius ini ialah kita harus benar-benar yakin terhadap apa yang kita inginkan. Walaupun mengambil masa, itu jatuh nombor tiga atau seterusnya. Seandainya kita yakin dan percaya, kejayaan itu pasti menjelma juga. Hanya cepat atau lambat sahaja. Malah, sepanjang proses itu bukankah kita mendapat manfaat dari semua ilmu yang kita perolehi. Oleh itu jangan cepat berhenti percaya. Teruskan berjuang sehingga kita sampai ke puncak jaya.