Sepanjang Musafir

Sejak kebelakangan ini saya kerap berjalan ke banyak tempat, hampir kebanyakkannya atas urusan kerja. Dalam satu perjalanan baru-baru ini saya duduk bersebelahan dengan seorang pakcik yang nak ke tempat yang sama. Walau baru jumpa tapi perbualan kami macam dah kenal lama. Orang tua yang banyak pengalaman hidup, rasa macam dalam kelas pula bila dia mula bersembang. Laju mengalir macam air, walaupun ada yang saya kurang faham.

Saya ada bercerita tentang cerita saya merantau di tempat orang. Dalam asyik bersembang, dia banyak beri nasihat supaya berhati-hati kalau berjalan seorang. Katanya zaman sekarang bukan macam zamannya dulu, terlalu banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Yang menarik ada beberapa pesan yang terkesan di hati saya,walaupun sudah lama saya tahu tapi pesanan kali ini membuatkan saya tersedar dan berfikir semula. Sebab orang muda yang seorang ini cepat lupa.

Pertama katanya kemana sahaja kita nak pergi pastikan niat kita betul,kalau untuk sesuatu kebaikan sepanjang masa kita berjalan pasti dapat ganjaran di sisi tuhan. Yang kedua katanya, bahaya ini ada di mana-mana, tapi kalau kita jaga hubungan dengan tuhan in sha Allah pasti selamat.

Sebab kebanyakkan kita yang bermusafir ada yang meningggalkan solat dengan alasan masing-masing, buat mereka yang memang kaki tuang, musafir atau tak sama sahaja. Berhati-hati itu memang keutamaan kita,tapi kelancarannya bergantung kepadanya. Kita manusia hanya merancang,cuma segalanya ditentukan oleh dia. Yang paling menarik, dia bercerita tentang rukhsah solat.

Bersambung…

http://wp.me/p7Dqg6-6