Belajar Lebih Cepat Dengan Buat Silap

Kesilapan & kegagalan merupakan perkara yang menakutkan. Tambahan pula jika kita sudah biasa berada dalam zon selesa. Seolah-olah kita kelihatan bodoh bila melakukan kesilapan.  Kerana itu yang diajar kepada kita sejak dari bangku sekolah lagi. Siapa yang gagal dianggap seorang yang bodoh. Ini yang membuatkan ramai orang cuba lari dari melakukan kesilapan, sedangkan kita sedar yang kesilapan itulah yang mematangkan kita sebenarnya.

Dalam realiti dunia nyata, kita belajar lebih cepat & banyak dari setiap kegagalan & kesilapan yang kita lakukan. Kita akan lebih ingat setiap perbuatan kita yang salah berbanding dari yang betul. Tambah-tambah kesalahan orang kepada kita, lagi la. Bukankah kita hanya dapat meningkatkan keupayaan diri sebenar melalui kegagalan demi kegagalan?

Bagi orang yang bijak mereka bukan sahaja belajar dari kesilapan sendiri, malahan kesilapan orang lain juga menjadi pengajaran berguna buat mereka. Untuk apa nak ulang sesuatu yang orang lain dah buat, tapi gagal. Jimat masa kita. Walau bagaimanapun kita merancang, kita tak boleh lari dari buat silap selagi bergelar manusia. Memang menyakitkan tapi dari situlah yang megajar kita tentang kehidupan.

Saya sedar saya juga banyak melakukan kesalahan. Kepada keluarga, kawan-kawan, & diri sendiri terutamanya. Tapi, jika diberi pilihan adakah kita mahu membetulkan segala kesilapan masa lalu jika mampu atau masih melakukannya juga?

Saya sebenarnya lebih suka jika kesilapan yang saya lakukan itu berlaku lebih cepat. Lagi cepat lagi bagus. Supaya  saya belajar dari kegagalan itu lebih cepat. Kerana saya tahu yang kita matang lebih panats dengan pengajaran dari kesilapan  berbanding dari melakukan perkara yang betul.

Salah satu cara paling pantas untuk belajar ialah dengan membaca kisah kegagalan orang yang telah pun berjaya. Dari pembacaan kita dapat menambah pengetahuan & pengajaran. Kita sebenarnya jimat lebih banyak masa dalam hidup dengan tak melakukan kesalahan yang mereka lakukan. Pengalaman adalah guru terbaik untuk mematangkan diri. Kita bukan sahaja belajar dari pengalaman orang lain malah pengalaman kita sendiri.

Jadi jangan takut untuk melakukan kesilapan, kalau boleh lakukan dengan lebih cepat & bangkit sepantas mungkin. Fighting !!!