Belajar Menulis

Salah satu impian peribadi saya adalah menjadi seorang penulis. Mempunyai hasil karya dalam bentuk fizikal. Buku. Mungkin disebabkan kegemaran saya membaca. Semakin banyak yang kita  baca, semakin banyak pengtahuan kita. Tapi bagaimana dengan menulis?.

Mengarang & menyusun baris ayat satu perkara yang sulit kalau dibandingkan dengan membaca. Jadi, mengapa nak menulis?.

Bagi saya, idea hanya tinggal idea jika tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan. Bila tak dicatatkan besar kemungkinan idea itu hilang begitu sahaja. Idea yang hilang sebenarnya sama seolah-olah idea itu tak pernah wujud. Teringat kata HAMKA, orang bijak  yang membaca  10 buku sebenarnya sudah  mampu mengarang sebuah buku.

Bila kira buku-buku di rak rumah rasanya lebih dari 10 buah. Jadi, bila lagi nak jadi orang bijak?.

Walaupun janggal pada mulanya, sesuatu yang janggal kalau dibuat lama-lama biasalah nanti. Untuk mengarang sebaris ayat pada mulanya rasa “koya” atau “poyo”.  Tapi bila dah biasa pegang pen, macam-macam nak dicoretkan.

Sebenarnya satu kerugian bagi saya, jika segala pengalaman berlalu tanpa ada catatan. Paling kurang untuk tatapan peribadi. Impian kata nak jadi penulis, tapi kalau menulis pun malas. Macam mana cerita?.

Dalam proses membiasakan diri, janggal & silap pada awal biasalah. Tapi yang paling penting, proses itu mematangkan cara kita berfikir. In sya Allah, semoga segala perancangan berjalan lancar hendaknya..