Hidup Bermimpi

Bermimpi di siang hari. Kata orang tak berapa elok. Tapi kalau tak bermimpi, apalah nikmat tidur. Cuma maksud mimpi disini ialah impian yang dilakar dalam keadaan sedar.

Dari kecil kita sering kali menyatakan pada diri sendiri, pada teman-teman yang kita nak jadi itu, jadi ini. Tanpa ada yang membuatkan kita berfikir dua tiga kali. Kemahuan yang datang secara natural. Lahir dari hati dan fikiran yang tidak terlintas perkataan takut untuk berimpian.

Kita sentiasa mahu jadi yang terbaik. Dalam ujian kita mahu mendapat tempat sebaik mungkin. Dalam berlumba,bermain malahan mahu berpenampilan semenarik mungkin.

Tetapi semakin kita berganjak dewasa, mimpi-mimpi indah yang bermain di kepala kita selama ini semakin hari bertukar menjadi sesuatu mimpi ngeri yang dirasakan amat mustahil.

Segalanya kerana ditakutkan oleh perasaan ” Tak Boleh “ atau ” Boleh Ke ? “.