El Nino vs Rahmat Ramadhan

Negara kita buat masa ini sibuk dengan isu air yang berkurangan sehingga menjejaskan beberapara buah negeri. Paling terjejas sudah kita sedia maklum negeri yang termaju dan menyumbang peratusan tinggi bagi kemajuan ekonomi negara. Iaitu negeri selangor darul ekhsan. Alhamdulillah buat saya rakyat Pahang masalah air tidaklah menjadi isu besar.

Malahan boleh dikira berapa hari yang bekalan air dicatu. Berikutan cuaca panas yang tidak menentu, ditambah pula dengan ramalan bencana el nino yang bakal menjelang sepanjang bulan jun sehingga September. Membuatkan ramai orang bimbang, manakan tidak keadaan panas ini dijangka berterusan sepanjang bulan ramadhan al Mubarak.

Sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan buat mereka yang menjalankan ibadah puasa. Yang menariknya, sepanjang bulan Jan-Mei bolehlah dikatakan cuaca memang panas. Buat mereka yang bekerja, satu seksaan bekerja di bulan Jun. Saranan pihak berkuasa supaya banyak meminum air bukan lagi menjadi satu saranan. Andai tidak disaran memang orang akan mencari air sendiri.

Bukan sahaja bahang panas, malahan angin juga tidak lagi sesegar seperti sediakala. Buat saya yang tinggal di kawasan tepi pantai, angin pantai yang biasanya sepoi-sepoi bahasa, kini rasa angin panas yang datang dari laut. Di tempat saya sendiri, kuantan boleh dikira beberapa kali hujan turun. Malahan di awal Jun beberapa hari sebelum bermulanya ramadhan sudah dua kali bekalan air terputus.

Dalam berhati-hati dengan amaran el nino, kita semua menyambut ramadahan dengan seribu rahmat. Ramalan manusia dengan kuasa tuhan memang berbeza. Beberapa hari sebelum ramadahan boleh dikatakan panas yang semacam.

Ajaibnya, masuk sahaja menjelang sebelum maghrib malam ramadahan yang pertama,hujan turun selebat-lebatnya. Dikuti hari pertama berpuasa juga hujan turun dengan lebat. Keesokkan harinya pada hari kedua juga sama. Pernah sekali ketika saya berkesempatan memunaikan solat sunat terawih.

Seawal solat isya berjemaah hujan sudah mula lebat. Hujan yang turun sedikit meresahkan mereka yang mengerjakan solat, manakan tidak sepanjang solat isya sehingggalah solat terawih kebiasannya selesai sahaja rakaat kelapan terawih, segelintir jemaah akan berpusu-pusu pulang tanpa berjemaah untuk solat witir.

Namun disebabkan hujan yang lebat,mereka yang keluar terpaksa masuk kembali kedalam masjid dan menyambung solat witir bersama.  Selesai sahaja solat witir yng terakhir tiba-tiba sahaja hujan reda.

Ternyata el nino dan cuaca panas yang diramal bertukar suasana sejuk lagi mendamaikan. Kuasa tuhan. Perubahan dari penghujung syaaban dan permulaan ramadahan yang begitu menarik hati saya.

Semoga suasana dan keadaan ini berkekalan hendaknya sepanjang ramadhan yang mulia ini.

Salam ramadahan al Mubarak.