Filem

Saya baru sahaja berpeluang menghabiskan masa menonton sebuah filem. Romantik komedi. Tentang seorang penulis yang jauh mengembara dari US sampai ke Itali. Untuk melupakan kisah sedih ditinggalkan suami yang mempunyai skandal & akhirnya berpisah.

Apa yang menarik perhatian saya adalah tentang apa yang diucapkan oleh Katherine tentang impian.

Pertama.

Walaupun apa yang terjadi, jangan sesekali lepaskan impian semasa kita kecil. Kerana kita akan menyesal seumur hidup kalau melepaskan tanpa berusaha untuk memenuhinya. Impian semasa kecil adalah impian yang sebenarnya lahir dari hati kita. Sesuatu yang natural.

Kedua.

Jangan sesekali menyesali apa yang telah terjadi. Setiap yang berlaku walau pahit adalah pengalaman yang sudah tertulis untuk kita. Sama ada kita suka atau tidak, ia sudah pun terjadi. Daripada menyesalinya, lebih baik mengambil iktibar walaupun pahit.

Saya syorkan mereka yang patah hati terutamanya akibat putus cinta menontonnya. Filem ini mungkin boleh mengubat sedikit hati yang terluka.

4 bintang..