Kegembiraan Hidup 

Sepanjang hampir 6 tahun saya bekerja dengan orang atau makan gaji. Hati saya jarang gembira. Perasaan teruja untuk bangun pagi untuk ke tempat kerja hanya ada 3 bulan pertama sahaja. Setiap kali bertukar tempat kerja. Hanya 3 bulan. Lebih dari itu, mulalah datang perasaan malas. Tetapi atas dasar tanggungjawab, kerja wajib saya lakukan.

Cuma kalau hati dah tak gembira, faham-fahamlah.

Bagi saya, kehidupan bangun pagi-pagi untuk pergi kerja bukanlah apa yang jiwa saya mahukan. Bukan bermaksud saya malas bangun pagi. Saya mahukan setiap hari saya mulakan dengan melakukan apa yang saya suka. Saya percaya ramai orang begitu.

Kebebasan.

Kebebasaan dengan erti kata yang sebenar. Dari segi kewangan, masa & pilihan yang saya sendiri tentukan. Sudah pasti, selagi bergelar pekerja, hampir mustahil kebebasan itu milik saya.

Yang paling saya dambakan ialah kebebasan masa. Duit boleh dicari, tapi masa?.

Setiap kali saya meletakkan jawatan, rasanya hampir 5-6 kali kot. Perasaan bebas itu milik saya. Walaupun seketika.

Suasana & perasaan itu mengembirakan & sungguh mengujakan. Bebas untuk saya melakukan aktiviti yang saya sukakan.

Sekarang saya bebas dari segi masa, cuma masih belum dari segi kewangan & pilihan. Fokus sekarang ialah meningkatkan tahap sedia ada kepada tahap yang saya inginkan. Cuma ianya bersyarat.

Syarat pertama & utama.

Ada masa untuk kita belajar & buat apa yang kita suka. Doa saya, agar semua kebebasan yang saya ingin capai termakbul.

Amin..