Realiti Yang Harus Kita Terima

Hidup ini kejam. Ia satu kenyataan yang harus kita terima. Hanya mereka yang daya tahannya tinggi sahaja mampu menang. Ramai yang tumpas dalam mengharungi dunia yang serba mencabar ini. Namun bukan bermakna tidak ada orang yang mampu menawan & memenangi pertarungan hidup ini.

Jika kita memilih untuk menang, kita harus berjiwa seperti seorang pemenang. Tak boleh takut. Tak boleh gentar. Ya, mungkin kita akan tewas sekali-sekala tapi cepat-cepat kumpul tenaga untuk lawan kembali. Itu yang membezakan antara orang yang menang & orang yang kalah. Daya juang.

Cabar kemapuan diri.

Kita hanya tewas & gagal bila kita berhenti mencuba. Saat kita membuat keputusan untuk menyerah kalah, kita akan ditawan atau dikuasai oleh orang yang menang. Tinggallah kebebasan yang kita idam-idamkan.

Jadi jika ingin dapatkan kebebasan itu semula, persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan & pengalaman. Kutip sebanyak mungkin pengalaman. Semampu yang mungkin. Kalau boleh belajar juga dari pengalaman orang-orang yang pernah menang sebelum ini.

Kita sebenarnya layak dapat lebih dari apa yang kita fikirkan. Kita hanya perlu melihat lebih jauh, cabar kemampuan kita. Push until the limit. Kita tidak akan tahu kekuatan kita tanpa beradu tenaga. Dan kita tidak akan tahu kelemahan kita tanpa melakukan kesilapan serta merasai sendiri perasaan menjadi seorang yang kalah.

Kekalahan tidak akan selamanya milik kita jika kita terus mencuba. Bukankah di setiap pertarungan hidup itu mengajar kita perkara baru, dan ia berguna untuk pertarungan hidup yang seterusnya. Jadi kemungkinan untuk kalah tipis jika kita sentiasa meningkatkan pengalaman & tenaga.

Kita tidak mampu mengubah hukum dunia ini. Tidak mungkin untuk memberi keadilan untuk semua orang. Kerana sudah begitu aturannya, yang lemah akan tewas, dan hanya pemenang sahaja yang akan diingati.Yang kalah akan terperangkap. Tuan akan menguasai hambanya. Terpulang pada kita untuk memilih menjadi tuan atau hamba.