Yang Penting Mulakan Dulu

Sesetengah orang takut untuk berimpian. Ada beberapa faktor mengapa ketakutan itu timbul. Namun saya pasti setiap insan, selagi bernafas & mampu berfikir dengan waras pasti ada impian yang terbuku di hati. Cuma yang membezakan ialah sama ada kita berani merealisasikan impian itu atau pun tidak. Kecil atau besar  sesuatu impian itu bergantung  kepada cara masing-masing menilainya. Boleh jadi impian itu penting & bermakna buat saya tapi impian yang sama juga mungkin hanyalah impian yang kecil buat sesetangah individu. Terpulang pada cara mana kita memandang.

Impian bermula dengan angan-angan. Ia hadir bila terlintas satu keinginan yang timbul dalam fikiran seseorang atas dorangan sesuatu. Setiap impian yang tinggi menggunung melalui proses yang sama. Bermula dengan hanya secebis angan-angan. Kemudian bertukar menjadi sebuah impian.

Lalu apa yang membezakan angan-angan dengan impian?

Angan-angan hanya tinggal angan-angan bila ia tidak dicatatkan. Ia akan hilang begitu sahaja kerana kita akan melupakan bila masa berlalu pergi. Manusia mudah lupa. Perkara yang terjadi semalam pun belum tentu kita ingat jika tiada sebarang catatan. Ia hanya menjadi angan-angan kerana kita tidak meletakkan satu usaha yang mana akan sentiasa mengingatkan kita betapa pentingnya hasrat itu kepada kita. Dan apabila kita selalu “remind” diri kita tentang misi tersebut, ia akan mendorong kita untuk meletakkan pula sepenuh tenaga ke arah menjayakannya. Walaupun nampak ringkas, tapi inilah yang membezakan antara angan-angan dengan impian. Soal kita berjaya atau tidak mencapai impian itu jatuh soal yang kedua atau ketiga.

Tanamkan azam & keinginan yang membara.

Ini langkah kedua untuk membantu kita mencapai impian kita. Setiap kali kita melihat catatan tentang hasrat, ia akan sentiasa memberi isyarat kepada minda bawah sedar yang kita mahu lakukan itu. Proses yang berulang kali menjadikan kita sentiasa berusaha untuk mencapai impian itu.

Buat sahaja dulu.

Just do it. Lakukan sahaja. Mulakan dengan impian yang kita boleh capai dalam masa yang terdekat. Atur impian kita mengikut jangka masa yang kita inginkan. Tapi pastikan realistik. Kita sendiri tahu kekuatan & kelemahan kita. Jadi hanya kita yang paling faham diri kita berbanding dengan orang lain. Lakukan secara kecil-kecilan dahulu. Tetapi pastikan konsisten. Kekalkan momentum.

Impian saya ingin menjadi seorang penulis. Ingin mempunyai satu buku tulisan saya sendiri. Sudah tentu ianya tidak mudah. Tetapi jika saya hanya berangan-angan tanpa mula menulis, impian untuk menjadi penulis hanya sia-sia. Ia cuma angan-angan. Sesuatu yang sukar jika dilakukan secara konsisten lambat laun akan sampai juga ke destinasi yang dituju. Bila sesuatu impian itu tercapai, terpulanglah pada masing-masing sama ada ingin meneruskan ke impian yang lebih besar atau cukup sekadar sampai ke matlamat yang dituju. Ataupun mula kejar impian lain. Namun, prosesnya tetap sama.

Berbalik soal buat sahaja dahulu. Sebenarnya kita tidak perlu menunggu semua menjadi sempurna untuk memulakan sesuatu. Cukup dengan gunakan apa yang ada di tangan kita. Lakukan perlahan-lahan. Saya sendiri meletakan scale perfectionist saya di level 7 daripada 10. Jika saya menunggu semua dalam keadaan sempurna, bermakna saya tidak akan memulakan langsung apa-apa. Ia satu pembohongan. Hanya alasan untuk kita menangguhkan usaha kita. Kita tidak perlu berfikir terlalu lama untuk memulakan sesuatu. Sekali lagi, just do it.

Sebarang penambahbaikan kita boleh lakukan secara berperingkat. Setahap demi setahap. Bukankah manusia itu belajar berjalan dengan mula merangkak dahulu. Bila kita sudah pandai berjalan baru kita boleh ke tahap seterusnya, berlari. Hanya perlu ikut aturan. Yang mana perlu didahulukan, yang mana perlu dikemudiankan.

Enjoy the process.

Perkara yang paling penting sepanjang usaha mencapai impian ialah bergembira. Lakukan dengan hati yang tenang & gembira. Saya teringat kata-kata Sir Richad Branson, pengasas kepada Virgin Group. Taikun penerbangan Australia bila mana ditanya apa yang memberi inspirasi & kekuatan kepadanya dalam mencapai impian beliau. “Jika kita tidak menyukai apa yang kita lakukan, jangan lakukan”. Ia hanya membuang masa. Dengan melakukan apa yang kita suka, ia menjadi proses yang mudah. Walaupun memakan masa & tenaga, ia tidak menjadi beban buat fizikal & mental kita.

Jangan lupa langkah pertama.

Jangan sesekali biarkan angan-angan hanya tinggal angan-angan. Mula ambil kertas & pensil. Lakarkan impian tersebut. Ia hanya ambil masa tak sampai 5 minit pun. Beza antara orang yang gagal  dengan orang berjaya ialah impian yang jelas. Pedulikan apa orang nak kata. Sebenarnya  tiada orang pun peduli apa yang terbaik untuk kita. Mereka sendiri pun tidak cukup masa untuk urusan mereka. Jika ada kata-kata sinis, itu hanya sementara. Takkan kerana perkara yang remeh kita sanggup melupakan impian kita. Impian kita lebih penting daripada kata-kata orang.

Jangan takut berimpian.

Mula dengan perlahan-lahan.

Tapi kekalkan momentum.

Just Do it..