Lama Mana Nak Tunggu Ni?

Untuk projek terbaru, saya sudah buang banyak masa. Schedule lari. Asyik bertangguh. Yang paling tak suka, bukan dari pihak saya. Projek ini antara pelaburan terbesar saya. Ia melibatkan perancangan yang agak rapi. Dan ia mengambil masa. Tenaga & kos yang tak murah. Saya tak mampu melakukan semua perkara bersendirian. Mahu ataupun tidak, kena juga ‘hire’ pihak luar, tenaga kerja luar.

Tapi bila melibatkan orang luar, masalah utama ialah masalah masa. Masa kita tak sama dengan mereka. Tambahan mereka payah nak ‘ommit’ untuk satu-satu ‘task’. Dan setiap kali kerja kena tangguh, ia bersangkutan dengan kerja-kerja lain.

Untuk projek kali ini, saya terpaksa upah ‘photographer profesional’ & ‘graphic designer’. Soal kos bukan isu besar sebab memang saya dah sediakan bajet, cuma orang yang saya ‘hire’ terikat dengan kerja masing-masing.

Saya belajar sesuatu dari progress yang perlahan ini. Bila dah mula nanti, saya dah tak boleh berlengah seperti waktu sekarang. Setiap masa yang saya buang adalah duit. Semuanya ada kos yang perlu saya tanggung.

Bila jadi macam ini, kerja bahagian saya tak boleh nak ‘proceed’, saya jadi pening kepala. Untuk masa depan, mahu ataupun tak saya kena ada ‘fulltime staff’ saya sendiri. Dah tak boleh nak ‘hire freelancer’ atau ‘part timer’. Elok nak jimat seribu dua, tapi nanti rugi pula 3 atau 4 ribu.

Handle staff, masalah biasa orang berniaga

Perkara ini biasa buat tokey-tokey bisnes. Sedia ataupun tidak, masa ini masa untuk saya belajar. Sebagai persediaan masa depan. Skill mengurus manusia ini bukan semua orang ada. Tapi ia boleh dibentuk. Sama sahaja dengan skill yang lain-lain.

Saya bukan seorang ‘leader’ yang baik berdasarkan track rekod sebelum-sebelum ini. Sama ada zaman sekolah atau zaman universiti. Tapi kali ini, saya sanggup belajar. Paksa rela.

Sekarang fasa baru dalam hidup saya. Kena belajar mengorak langkah lebih ke depan. Menyediakan peluang pekerjaan buat orang lain. Dah tak boleh jadi ‘solo enterpreneur’. Dah sampai masa untuk saya terbang lebih jauh.

Cabaran baru untuk saya. Semoga saya belajar cepat-cepat & boleh hadapinya dengan tenang. Kita tengok sejauh mana boleh pergi. Mudah-mudahan dipermudahkan. Amin..