14 NOV 2017, Akedami Sifu Fb Ads

Hari ini hari ke-2, kelas makin padat. Belajar benda baru. Tapi perkara paling saya tak puas hati bila kawan sebelah saya nampak biasa-biasa sahaja. Tapi jualan sebulan lebih 6 angka sebulan. Termenung sekejap. Macam mana dia boleh buat macam tu, umur baru 21. Perempuan pula tu, nampak biasa, low profile je.

Saya jadi malu sekejap. Sebab mula-mula perkenalkan diri, cerita tentang apa yang saya buat sekarang & next plan, diorang dengar sambil puji-puji. Tapi bila tanya hasil kerja diorang, memang ‘giler’. Bukan sorang tapi 2 orang depan & sebelah saya. Tak puas hati, esok kena korek sampai dapat jawapan.

Rendah diri

Saya jadi rendah diri kejap bila balik bilik. Sebenarnya banyak lagi orang yang lebih hebat dari kita tapi still memilih untuk low profile. Satu perkara yang jarang-jarang ada pada orang zaman sekarang. Banyak lagi kena belajar, benda-benda macam ini yang bakar semangat saya untuk cabar diri. Untuk buat lebih baik. Betullah kataorang tua-tua, jauh perjalanan luas pengalaman. Rezeki saya jumpa budak ‘giler’ ni.