Cikgu Saya Dalam Dunia Online

Dalam dunia online, saya banyak belajar dari mat salleh cara untuk buat sales. Bukan bermakna tak belajar dengan orang Malaysia, tapi Ezra Firestone antara individu yang buka minda saya tentang potensi perniagaan yang dijalankan dalam dunia maya. Sejauh mana impaknya perniagaan jika dimaksimumkan dengan segala strategi terbaru dalam dunia online bisnes.

Siapa Ezra Firestone

Pemilik kepada SmartMarketer.com, juga pengasas serta pemegang saham terbesar untuk produk kecantikkan (BOOM By Cindy Joseph) yang buat jualan puluhan juta US Dollar setahun. Saya suka cara & cara pemikiran Ezra, sama ada dalam bagaimana dia mengatur perniagaan & juga kehidupan peribadi.

Antara yang saya belajar ialah bagaimana pembinaan team sangat perlu jika nak grow & pergi lebih jauh dalam mana-mana industri. Kita dalam bahaya jika menjadi ‘Solo Enterpreneur’. Namun untuk bina team bukan perkara yang mudah. Namun jika kita sanggup belajar, In Sya Allah segalanya akan menjadi lebih mudah.

Konsisten

Salah satu kunci kejayaan yang Ezra pegang untuk berjaya ialah konsisten. Ramai orang ada semangat yang tinggi, tapi sekejap naik tinggi sekejap jatuh menjunam. Bagi Ezra, untuk mengekalkan momentum semangat satu perkara yang sukar, tapi ada caranya. Salah satunya ialah meletakkan sedikit tekanan setiap hari, tekanan yang membantu kita paksa diri kita sentiasa terus ke depan. Jangan meletakkan terlalu tinggi & jangan pula terlalu rendah.

Meletakkan target setiap hari & setiap daripadanya mestilah sesuai dengan kemampuan diri sendiri. Hanya kita yang faham masalah & cabaran diri kita. Kekuatan & kelemahan diri sendiri. Bukan orang lain. Masalah ramai orang ialah, mereka meletakkan tekanan atau harapan terlalu tinggi, tak sesuai dengan tahap ilmu & kemampuan diri mereka, dan bila target tak dapat dicapai, ia akan meruntuhkan semangat yang berkobar-kobar.

Konsisten bukan bererti bersemangat membabi-buta. Sebaliknya memahami kemampuan diri dari segi ilmu & keupayaan diri. Kita sentiasa mahukan lebih, tapi ia harus dilakukan secara peringkat demi peringkat. Slow & steady.

Keep The Pressure

Untuk kekal konsisten di laluan yang kita mahu, tekanan sangat penting. Tapi harus berpada dengan target yang kita setting. Jangan terlampau tinggi & jangan terlampau rendah. Upgrade diri dengan ilmu sentiasa. Lakukan perkara yang kita rancang satu persatu. Jika dah berjaya, letak tekanan tinggi sikit lagi. Cabar diri untuk selesaikan cabaran baru. Ingat, pelan-pelan kayuh. Tekanan yang berlebihan hanya mengurangkan produktiviti & menghadkan kreatifiti seseorang. Kalau kita faham apa matlamat atau ‘BIG WHY’ kita dalam melakukan sesuatu, ia akan membakar semanagt kita untuk tidak berputus asa. Tapi ‘BIG WHY’ sahaja tanpa cara yang betul, ia tak akan menjadi juga.

Maintain pressure, letakkan KPI atau satu petanda aras atas setiap projek yag kita lakukan, lakukan yang terbaik. Tapi jangan pula kecewa kalau hasil tak seperti yang kita mahu. Kegagalan itu ilmu baru untuk kita belajar.

Enjoy The Show

Enjoy your life. Satu perkara yang paling saya suka. Enjoy. Sebelum ini saya selalu tertekan bila tak dapat apa yang saya nak. Saya terlupa untuk menikmati segala ujian & cabaran hidup. Terlalu memikirkan apa kata orang, kegagalan yang buat kita nampak ‘LOSER’. Bagi Ezra, kejayaan setiap orang berbeza. Kalau kita terlalu meletakkan perspektif orang terhadap kita, kita hanya hidup dalam kawalan orang lain. Sedangkan hidup kita ditentukan oleh kita sendiri.

Menikmati kesilapan & kegagalan hidup adalah satu perkara yang ramai tak buat. Mereka takut buat silap. Sebab itu ramai yang takut & tak mahu mencuba. Kehidupan manusia adalah satu proses. Contohnya, kita belajar berlari dengan merangkak, kemudian bangun, bertatih & berjalan. Selepas boleh berjalan baru kita berlari. Itu satu lumrah semulajadi.

Kenapa kecewa kalau gagal? Satu lagi, bagi Ezra ramai orang berniaga yang stuck bertahun-tahun. Ditakuk yang lama. Hilang motivasi. Ada yang berniaga kerana nak cari duit lebih, tapi yang berlaku duit tak pernah cukup. Sama seperti yang kata berniaga kerana nak ada banyak masa free. Tapi sebaliknya, perniagaanya memberikan lebih banyak kerja sehingga tak ada langsung masa untuk berehat. Jadi, kalau itu berlaku, kita kena tanya balik pada diri kita. Apa masalahnya? Apa solusinya? Atau kita memang tak sesuai jadi ‘saudagar’?.

Hidup ini singkat. Kalau perniagaan membuatkan kita stress, lebih baik makan gaji. Tapi kalau betul-betul kita mahu capai apa yang kita impikan dengan perniagaan, lakukan dengan cara yang betul. Enjoy the show. Tak guna duit banyak, tapi hutang pun banyak, sakit pun datang. Bagi Ezra, impian adalah perkara paling penting, bukannya duit.

Keep The Pressure, Stay Consistent & Enjoy The Show