Ahad, 28 Jan 2018, EV World Cyberjaya

Alhamdulillah. Selesai sudah kelas 4 hari. Berasap kepala. Penat tapi sangat memuaskan. Belajar sudah, sekarang kena fikirkan apa langkah seterusnya. Satu persatu file demi file kena belek semula. Apa yang menarik kelas kali ini ialah networking. Persekitaran yang sangat baik untuk usahawan. Berkongsi pengalaman & cerita selain menuntut ilmu.

Saya kongsi sedikit apa yang saya belajar dari kelas 4 hari ini. Sebab ada rakan yang tanya, kenapa sampai 4 hari kelas pengurusan? Susun fail je kot? Haha.

1. Ilmu Pensyarikatan

Bab ini sahaja hampir 1 hari belajar. Apa yang paling terkesan ialah menilai semula cara faham saya tentang perniagaan & syarikat. Betapa naifnya saya yang merasakan selama ini saya ada syarikat, kononnya. Tak tahu beza Enterprise & Sdn Bhd.

2. Mengurus Fail & Harta Intelek

Dokemen adalah data. Dan menyusun data itu ada seninya. Kalau tak faham ilmunya, jadilah macam saya sebelum ini. Resit entah kemana, dokumen entah kemana. Kalau simpan pun berlonggok macam bukit. Bila nak cari satu resit sahaja, habis semua ber’kubang lana’. Padahal perkara yang sebegini boleh diselesaikan dengan mengurus sistem filing yang betul. Ia mudah sahaja sebenarnya.

Sama juga dengan harta intelek. Dulu tak pernah ambik berta pun bab ini, tapi sekarang dah tahu, kenalah buat apa yang patut. Nak kena mula register jenama sebelum orang lain ambil.

3. Agreement & Sumber Manusia

Lembu dipegang dengan tali, manusia pula dipegang oleh janji. Oleh itu, syarikat yang sudah tentu bukan ada 1 orang sahaja manusia, ia perlukan hitam putih bagi mengawal manusia itu sendiri. Benda yang nampak rumit sekarang, tapi kalau tak buat awal-awal, akan beri bencana alama yang dasyat di kemudaina hari.

Sama juga sumber manusia. Yang menjalankan & membangunkan syarikat adalah manusia. Bukan robot. Manusia perlu diurus & disini pentingnya ada 1 sistem pengurusan yang efisien.

4. Kewangan : Sistem Gaji, Cukai, Hutang & Pengiraan Kos

Perkara yang selalu datangkan masalah buat para usahawan. Perihal kewangan. Ramai usahawan yang boleh buat jualan demi jualan, tapi bila tiba hujung bulan tengok duit ‘tarak’ tak pun ‘ciput’. Kita sebagai usahawan banyak terlepas pandang tentang pengurusan kewangan yang betul. As long as buat duit itu dah memadai, tapi inilah isu yang sering menghantui para usahwan. Termasuklah saya.

Pengalaman Kali Ini

Ilmu baru yang membuka mata saya & para sahabat saya. Banyak ruang & lompong yang perlu diperbaiki. Ditampal & ditampong. Pengalaman berkenal-kenalan dengan ‘towkey-towkey’ besar dari pelbagai industri mencelikkan mata & pengalaman saya. Jauh lagi perjalanan yang panjang, tapi dengan ilmu yang baru saya belajar, takut-takut yang membelengu saya selama ini rasanya dah kurang perlahan-perlahan. In Sya Allah..